Tuesday, 25 October 2011

MIMPI YANG PURPLE PINK

Pagi-pagi bangun tidow ni terus confused...blur2~
dengan mata sepetnya  mengadap lappy terfikir sejenak sambil tersengih2 buka blog...
da dapat da tajuk entry kali nie..tangan mula menulis tanpa bertinta..




terasa macam baru sahaja melalui perjalanan yang sangat jauh.
Semuanya macam 'real' atau betul.


haha...ingatkan betul-betul sebab memang rasa real.
aku mimpi aku sedang membuat persiapan kenduri kahwin..
berbaju purple pink..Semua orang gembira, aku gembira sambil mencari selipar...

Dalam majlis tu aku nampak gemuk berisi..mungkin senang hati time tu kot..

rasenye kena minum jus mate satu..wahaa!!


purple pink..wuhuuu~


emm... mase tu cincin kahwin pun dah diterima..
dalam yang riuh rendah dengan suara orang ramai.
Hantaran warna purple pink siap bersusun.



Apakah makna mimpi nih eh?
Harap-harap petanda baik la kan.
Or hanyalah mimpi yang best!.. wuhuuu~
Mungkin ia adalah psikologi diri sendiri.
tapi memang dalam masa terdekat ni tak terpikir langsung untuk berkahwin macam mana la sesat boleh mimpi kahwin nih..haihhh....
mimpi ohhh mimpi...

kan bagus kalau boleh bermimpi lagi...
mimpi best2 selalu sekejap jer....
hehehe...
tapi yang hairan nya, aku tak pulak mimpi bakal isteri.
mimpi berada dalam suasana kenduri kahwin jer...
mungkin mimpi ni akan bersambung?? hehehe
Alahai...kalau cakap panjang2 nanti orang cakap aku dah gatal nak kahwin tapi nak buat macam mana, mimpi ni di luar kawalan aku.


walauapa pun aku cube rujuk pada orang yg lebih tua dan arif dalam bab agama.. bukan apa, ada juga mentaliti dan kepercayaan yg mengatakan kalau kita mimpi2 cmtu tandanya pendek umur juga ajal semakin tiba.. tapi, yg dirujuk berkata: "xdelah.... itu adalah hasil drp byk imaginasi di siang hari menyebabkan mimpi yg demikian. Apapun belajar rajin2 spy dpt kerja yg elok, simpan duit, kmdn kahwin. jadikan ianya sbg realiti"..




Adakah satu petanda??  apapun kita cuma mampu bermimpi dan merancang, Allah lebih maha merancang dan menentukan..jadi yang mana perlu aku percaya? mestilah kata2 dia.. dia umpama abang bagi aku.. aku rasa tenang bila berborak dengan dia.. dan aku yakin, soal jodoh dan jalan hidup aku mahupun ajal aku hanya Allah yang mengaturkan.. jadi kat sini atas nasihat dia, aku 'highlight' kan, aku kena blajar rajin dalam hidup aku.. lagi pun 100% dalam kehidupan kita adalah untuk belajar..dan beribadah termasuk sekali dalam proses itu..itulah ujian hidup, dunia ini sebuah kelas..


pastikan satu hari nanti aku dapat kerja yang elok2, yg baik2..simpan duit pastu baru errr...hahaha! ok entry kali nie pasal tu jer..apepun..
just follow the flow bro.. okthanxbai!


wasalam...

Wednesday, 19 October 2011

POHON YANG BERNYAWA


Tiada kebetulan dalam kehidupan. Sekali tersentuh, jangan angkuh. Kerana belum tentu ia(hidayah) datang kembali. Dan ingatlah bahawa hari esok belum pasti lagi buat kita wahai SAHABAT... 


Seorang daei itu juga adalah hamba kepada pencipta 
yang sama dengan makhluk yang lain.
Lalu, pasti terkadang kompas keimanannya itu tersasar
dari arah tuju asal perjalanan.
Maka duduklah dan berimanlah sebentar.
Moga kau pasti arah tujumu masih diatas jalan keredhaan 
Penciptamu(Allah). 
Perjalanan ini masih jauh...
Tapi waktu akan sentiasa mencemburui kita.



Ada Rasa Selalu mngharapkan tenang dan bahagia dalam setiap saat perjalanan hidup, sehingga terlupa untuk melihat pada batu kecil diperjalanan yang mungkin menggelincirkan kaki yang sedang menapak menuju syurga illahi. Lalu, lupakah kita kepada manfaat yang kita perolehi daripada cara Huzaifah r.a yang mengambil hikmah daripad Rasulullah S.A.W?.






“Orang ramai selalu bertanya kepasulullah S.A.W tentang kebaikan. Sedangkan aku pula selalu bertanya kepada baginda tentang kejahatan, kerana khuatir bertemu dan terjebak dengannya” [Hadith riwayat Muslim]




“Tiada kebetulan dalam kehidupan”


note1: Teringat akan kata2 mereka , jangan ego jangan sombong kerana semua itu bisa mengagalkan kita, tenang dan kembalilah meniliti diri..


note2: Ingin menjadi manusia yang baru.

note3: Imtihan nk dekat ,semoga segalanya dipermudahkan


note4:


Ketika saat langkah diatur ke persimpngan berduri, aku berkata pada diriku.
Cukuplah disini aku simpan segalanya. Biarkan aku hidup dengan nafas yang baru. Kerana tidak mampu lagi aku kendong dua harapan yang berbeza akhirnya. aku tinggalkan jahiliyyah aku di persimpangan ini. Dan aku tidak mampu berdiri selamanya dipersimpangan ini. Kerana aku yakin adanya batas waktu hidupku. Aku hanyalah insan kerdil hamba kepada Tuhan. Dalam kenangan segala kesedihan yang telah berlalu.



Disaat ku melangkah, telahku teguhkan bahtera diriku kerana kutahu lautan yang bakal ku lalui sungguh dalam dan pastinya gelora badainya mampu memecahkan dinding setiap bahtera yang rapuh. Kukayakan bekalanku kerana kutahu yang perjalananku sangat jauh. Dan telahku ringankan belakangku kerana kutahu akan ada tempat kudaki teramat curam bagiku. Lalu, dengan tenang aku lepaskan jahiliyyah itu pergi dari diriku. Terakhir bagiku ialah keikhlasan amalku hanyalah untukMu Ya Allah… Sungguh, inilah pesanan Rasulku Muhammad pada setiap ummatnya dalam menempuh perjalanan di atas muka bumi ini.... :)

Sunday, 16 October 2011

ERTI HIDUP

sudah 8344 hari  aku hidup atas bumi ini. dari aku kecik smpai aku dewasa aku suka memerhati persekitaran aku xkira manusia, haiwan, jentera, ape saja yg dpt aku lihat dgn mata kasar... sambil membandingkan dengan diri aku. mungkin itu cara aku. byk yg aku belajar tentang manusia. kadang2 aku tertanya pada diri aku ape yang aku cari sebenarnya dlm dunia ini. adakah kesempurnaan yang dikejar atau kepuasan yg aku cari? baru aku paham kesempurnaan dapat mmberikan seseorang itu kepuasan. malangnya kedua dua ini tidak wujud di atas bumi ini. mungkin antara kita tidak paham dengan maksud aku. buat2 phm la yer.


aku berani mengatakan kita semua tidak pernah puas dgn ape yang kita miliki. nak motor tp bila dpt motor nak kete pulak. nakk awek tapi bila da ada awek nak pompuan laen plak.
"jika diberi semua benda dlm dunia kepada seseorang itu sekali pun belum tentu die akan puas". walaupun seseorang itu dilahirkan lawa belum tentu die berperangai elok. walau elok perangainya sekali pun mungkin die mmpunyai masalah keluarga or masalah laen. jd bersyukurlah dgn ape yang kita miliki. xkan dpt kita cari kesempurnaan itu sebab kita hidup diidunia bukan nya syurga. kalau semua benda kita nak dapat, ape guna tuhan cipta syurga. kan.

kita terlalu mengejar nama dlm hidup kita. terlalu mementingkan pandangan orang terhadap kita. sebagai contoh, kita suka berpenampilan menarik. untuk ape? adakah untuk keselesaan kita? atau menunaikan tuntutan agama supaya menutup aurat? tidak aku rasa.. mungkin hanya segelintir sahaja. jawapan nya kita ingin menjadi tumpuan orang sekeliling kita. begitulah juga keinginan untuk berkereta mewah, keinginan menjadi artis dan byk lagi."kita akan berbangga apabila memiliki sesuatu yg tidak mampu dimiliki org laen".
igtlah setiap perkara itu ada hikmahnya. bukan nak tunjuk alim tp bila renungkan balik ada betulnya. tidak semua benda yg kita nak kita dapat. mungkin tuhan sengaja tidak menunaikan impian kita kerana die tahu kita akan melupakannya setelah kita dapat ape yg kita inginkan. dan igtlah kita tidak akan puas dengan ape yg kita miliki. BERSYUKURLAH. :)