Terasa ingin bercerita tentang perihal kehidupan aku dari pertama kali aku membuka mata sehinggalah sekarang..tapi tak mampu aku tintakan semuanya atas sebab batasan pemikiran dan ingatan..tak semua perjalanan kehidupan dapat diluahkan..tak semua perjalanan hidup yang mampu di ingati.. ini sebuah perihal cerita dahulu..hanya tulisan, nukilan dan bisikan isi hati..aku masih lagi teringat pada waktu tu..wktu tu mungkin aku belum masuk alam persekolahan lagi, hujan terasa agak lebat.. tubuh kecil menatap pada cermin buatan tangan2 manusia.. suasana yg telah pun berlalu lama,..tapi masih lagi segar dalam kotak pemikiran aku di suatu sudut yg di beri nama ‘kenangan..’ bile teringatkan balik kisah2 lalu, adakala terasa sebak... mana tidaknya benda2 yg berlalu takkan berulang semula. Waktu zaman kanak2. Waktu pertama kali masuk alam persekolahan.. skrg ne aku teringatkan bende2 yg macam tu.. bila bersendirian, aku berfikir sebelum nie dalam menyusur arus kehidupan adakalanya aku alpa dan terbawa kepada lupa.. telalu mengikut emosi dan kehendak diri. Dahulunya aku dikelilingi ramai teman ramai orang tapi semua tu kebanyakkan senda gurau dan tawa riang bersama. Lallu akal yang tersadung berbicara dan bertnya, ‘inikah apa yang aku inginkan??’ mungkin tidak...ini permainan hidup...
Walau pun sekarang ni aku belajar and melanjutkan pelajran di kota besar yg bagi aku celaru, KL..tapi secara jujur lar aku sebenarnya tak berapa suka sangat.. aku pergi meninggalkan ‘kenangan’ tentang si dia.. sering hati tersentuh bermonolog bersendirian, apa mungkin bunga yang dahulu itu masih mengingati aku seperti mana aku masih kuat mengingati tentang dirinya..?? masa tu dalam langkah pergi, aku berharap aku boleh melupakan dia.. berat kaki yang melangah, berat lagi hati yang merasa.. dalam perjalanan, waktu terus berhitung...mata aku tetap tegar memandang suasana sepanjang perjalanan ke kota..inilah ceritanya, sebuah sketsa hati kerdil yang bagai tiada penhujung di kesudahannya.. disini, hari ini...aku masih lagi belajar untuk melupakan si bunga dahulu...bukan aku tidak mahu mencari sang pengganti, bahkan aku lebih rela menjadi sang penanti...hanya kerna aku berpegang pada kata2 hati.. perasaan ini masih utuh menanti cinta lama dan cerita lama..orang selalu berkata, ‘yang patah tumbuh, yang hilang berganti’.. mungkin ada benarnya kata mereka, tapi pandangan aku seperti arah yang melintang dalam fitrah kosa kata mereka.... aku tak mahu ia berganti..dan aku tak mahu dianggap ‘yang patah belum tumbuh, yang hilang dah berganti??’ tapi tidak mengapa... aku rela berjauhan asalkan dia disana bahagia, walaupun bunga dahulu kembang mekar disirami tangan lain..
soal belajar,aku rasa seolah2 terikat dengan satu sistem kehidupan..’kamu belajar, kamu bekerja’, realitinya kita seolah2 macam satu ‘produk’. Aku sukakan kebebasan pilihan, aku tak sukakan suatu paksaan. Aku tak suka dengan benda fakta yang disuruh hafal..sebab aku mmg jenis xsuka menghafal fakta. Aku suka melihat, aku suka mendengar,aku suka menulis tapi bukan menulis kerja sekolah, aku suka aktiviti yang mencabar, camping memancing, kumpul buku2 bacaan, aku sukakan falsafah a.k.a philosophy..aku suka sejarah tapi bukan sejrah yg diceritakan disekolah...bukan sejarah yg bercerita pasal manusia gua ataupu sains yang mengajar manusia berasal daripada beruk...
melihat pada mata hati, realitinya dalam kehidupan, aku hanyalah anak kampung, mungkin telah terbiasa hidup dalam suasana sebegini, jadi agak susah nak terima dan aplikasikan kehidupan macam orang2 sudah terbiasa dengan rutin kehidupan bandar. Bila aku merantau di kota, aku terbawa-bawa habit seperti ditempat aku dibesarkan. Aku suka merenung kelangit.. kalau dulu dikampung aku lihat terbit fajar di perbatasan bendang, skung aku hanya melihat di balkoni rumh sewa.. kemudian hari nati tidak tahu lah dimana..setiap kali aku renung kelangit, banyak kenangan yang berlegar2 dalam kepala aku. Dari setiap kegagalan yang aku alami, sehinggalah sebahagian kehendak yang berjaya aku perolehi. Sebelum berpindah ke sawah sempadan, aku dan sekeluarga duduk di sungai gulang2. Kami pindah sewaktu aku berumur 11tahun, waktu tu seingat aku, aku darjah lima.. kalau tak silap pada tarikh 9/8/2000. Kiranya waktu aq tulis nie, telahun genap masuk 11 tahun aku pindah..kehidupan dikampung dulu memang bermakna.. mana tidaknya, disanalah lah aku membesar. disana lah aku ramai kawan2..Dulu balik sekolah lepas mkn kat dapur, aku dengan adik beradik yang lain bersaing2 pegi mandi..sebab pukul 3 confirm ade penjual makanan ringan yang naik motor tu datang umah. Kitorang adik beradik panggil ‘Babu’.. da setle beli makanan ringan ape semua, duduk depan tV tengok citer tomatoman dan dragon ball.. waktu tu itulah kartun yang feymes mase zaman aku kecik2..
akhirnya aku tersadai belajar kat kota besar nie.. Tapi ini permintaan mak.. dulu aku dapat tawaran masuk IPTA, tapi waktu tu entah kenapa macam ada yang tak mengizinkan..aku merajuk lalu keluar dari kampung pergi bekerja, merantau ke tempat orang..hati yang tersentuh tapi bibir berkata tidak, siapa dapat tahu? namun aku kat sini tetap dengan pendirian aku, dan aku tak pernah keluar berseronok2 dan bersosial.. dan aku tahu, keseronokan yang macam tu bukan ‘hak’ aku . insyaAllah mak..abang usaha sampai berjaya. Bila bicara tetang umur, semua rentetan cerita dan kenangan yang lepas juga berkaitan dengan umur. waktu aku meminta mak memakaikan baju kegemaran aku, waktu itu aku seawal 4tahun.. aku menangis di depan tangga sambil dimarahi oleh mak.kerana baju itu baru sahaja dipakai malam tadi, dan ia masih lagi basah setelah dibasuh. waktu aku mula2 mengenal erti kawan dan alam persekolahan, waktu itu aku diawal usia 6 tahun.. dahulunya ‘dunia’ aku hanya untuk aku dan keluarga, kini seolah2 ‘dunia’ aku dikongsi bersama teman2 yang lain...pandangan terhadap dunia semakin meluas..apa yang dibuat hanyalah belajar ABC dan mewarna. Dari kertas putih yang berlakar kosong, aku belajar merwarnainya...hariini aku sedar tentang hakikatnya, rupanya macam tulah rona kehidupan,hidup tanpa warna dalam alam kita akan merasa bosan dan keliru..contohnya bila kita melihat pokok, jika pokok tiada warna, susah kita nak membezakan antara ranting dan daun..berlatarbelakangkan pemandandangan yang sama tona warna.. macam itu juga bila dikaitkan dengan diri kita.. seawal kecil kita dikatakan ibarat kain yang bewarna putih, ibu bapa yg mencorakkan kita..kemudian siapa pula yg perlu mewarnakan corak tersebut?? Kita yang perlu mewarnakan diri kita sendiri! Sama ada kita memilih warna yang harmoni ataupun warna gelap.. begitu juga dengan ABC..mula dengan hafalan huruf-berasingan, lalu disusun dan diatur menjadi sebaris ayat..bila ditulis menjadi tinta, pabila disebut menjadi kata.. diawal membentuk perkataan, kita sering gagal..tertinggal huruf atau tersalah meletak huruf, lalu tangan seorang Guru membetulkannya.. macam tulah kehidupan, kita akan sering gagal.. tapi pabila betul2 diamati ttg hakikat sebuah kegagalan, kita kan benar2 faham, proses kegagalan adalah satu cra Allah membetulkan cara hidup kita.. itulah cara mentarbiah anak adam. waktu aku mula mula2 mengayuh basikal pergi kesekolah pada usia 10tahun.. diusia tulah aku belajar bermandi sungai setelah selesai belajar kompang. walau realitinya sungai tepi sekolah tu bau busuk..apa dipeduli oleh jiwa anak muda masa tu.. mula masuk ke tingkatan satu, aku dialam persekolahan yang baru.. waktu itu aku berusia 13tahun, seperti kanak2 yang lain mahukan baju baru dan seluar baru, aku minta pada mak kerana ak jarang meminta pada abah.. mak marah dan kata supaya aku memakai seluar abang2 aku.. memang aku terasa terkecil hati, apa yg diharapkan tak kunjung kesampaian.. seluar abang2 aku pun mmg ketat..sekali pakai da macam zaman retro da.. Cuma rambut jer tidak kembang...
dari rase kecil hati lalu aku mula memahami.. rupa2nya bukan mak tak mahu turutkan kehendak aku, sebenarnya waktu itu mak tiada wang nak membeli.. lagipun semenjak mak bekerja, mak jarang meminta pada abah.. mak banyak habiskan gaji yang diperolehi dengan membeli barang2 dapur dan bagi duet belanja pada anak2.. bila diingatkan semula memang terasa sedih dan sebak.. teringat masa kecil dahulu, setiap kali kami adik beradik nak pergi kesekolah, mak jugalah yg bangun awal...gerakkan kami, dan apa yang buatkan aku teringat, setiap kali selesai mandi mak telah sedia susunkan baju2 kami.. disusun mengikut turutan abang, kakak, aku dan kemudian adik2.. stp atas baju2 yg tersusun ada beberapa wang syiling..itulah wang saku untk kami adik beradik untuk haritu.. hanya 50 sen stp seorang.. lagipun masa zaman aku sekolah rendah, makanan tak lah mahal.. bagi aku semua ini nostalgia retro yang bermakna..
seorang ibu yang keluar bekerja demi anak2..yer, bagi aku mak insan yang mulia... mak mula bekerja dari usia aku yang masih kecik... kalau tak silap sejak aku berumur 8tahun, waktu tu darjah 2... mak bekerja di kantin sekolah.. sebagai penjual air minuman untuk murid2 sekolah rendah kat sekolah yg sama juga.. setiap kali waktu rehat, aku rase sangat seronok bila melihat mak..walaupun bila pulang kerumah dapat jugak melihat mak... dari aku kecil sehingga dwasa, mata aku tak pernah melihat dia tidak sibuk..ada saja kerja yg dilakukan..sebagai seorang ibu, seorang anak, seorang kakak, seorang isteri, juga seolah2 sebagai seorang ‘ayah’ pada anak2..
pernah juga disuatu ketika tu waktu aku ditingkatan 4, aku sudah tidak berbasikal lagi..sebab waktu di tingkatan 3 aku duduk diasrama sekolah, bila masuk tingkatan 4, akibat tak dijaga basikal pun sudah usang.. diawal selepas subuh ,mak membawa aku dengan menungang motorsikal pergi kesekolah..adik2 yg lain abah yang hantarkan.. mak takde lah hantar sampai ke sekolah, sebaliknya aku meminta dia turunkan aku didepan pasaraya GH..lagipun aku tak mahu menyusahkan dia..aku sanggup bejalan kaki dari situ hingga ke sekolah walaupun seawal 6-45pagi.. namun hakikat cuaca..tak selalunya baik dan cerah..pernah suatu ketika , mak hantar aku dalam keadaan hampir hujan dan ribut petir.. tak sampai melihat anaknya basah kuyupmak sanggup hantar aku ke tabung haji, tapi aku menolak...aku cakap cukuplah hantarkan kat pasaraya GH tu sahaja..mak angguk tanda setuju tapi aku tahu waktu itu hati mak risau..tapi mak juga perlu tahu yang hati anak ini juga risau melihat mak nya bakal basah kuyup..lebih2 lagi waktu tu banyaknya guruh dan kilat.. dalam rasa berat hati, tangan ibu yang mencari rezeki aku kucup...aku berjalan meninggalkan mak lalu aku menghentikan langkah, aku menoleh melihat mak berlalu pergi..hati aku berdoa semoga selamat dalam perjalanan mencari rezeki.. tiba sahaja di bangunan tabung haji, hujan turun dengan lebat..aku berteduh disitu..dalam fikiran masa tu Cuma fikirkan pasal keselamatan mak saja.. itulah sebhagian cerrita tentang pengorbanan seorang ibu dari kaca mata seorang anak....pada malam aku melakar sebuah kata..ya ALLAh,hari ini aku berdoa sebagai seorang hamba juga sebagai seorang anak.. dia merupakan ibu yang baik.. tiada apa lagi yang aku harapkan dari-Mu selain Kau ampuni dosa2nya yg lalu..tempatkan ibuku dikalangan orang yang beriman, moga kasih sayang yang dia limpahkan pada sang anak menjadi peluntur dosa2 nya kelmarin... amin
sebut tentang kematian, aku selalu berharap mak pergi dulu sebelum aku...bukan bermaksud aku mendoakan yang tidak baik, tapi aku berharap aku dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak sehingga hembusan terakhir dia.. biarlah sampai akhir hayatnya, dia melihat aku laksanakan tanggunjawab aku sebagai seorang anak dan satu hari nanti aku harap aku ditemukan jodoh yang baik2.. supaya aku juga dapat hidup berkeluarga...mempunyai seorang isteri dan anak-anak.. aku harap aku mati dulu sebelum isteri aku...sebab aku tak mahu hidup kesunyian,,
namun hakikatnya, ketika aku menulis perihal ini, aku masih lagi berdiri digaris rona kehidupan... masih banyak lagi ujian yang bakal aku tempuh..mungkin hari yang mendatang itu lebih berat lagi dari rasa kehilangan dahulu..aku tak mahu lagi hidup dalam tekanan bagai hilang arah tujuan.. aku hidup punya matlamat, punya tujuan.. setiap kali aku bernafas, itu satu amanah..ada amanah yang perlu aku laksanakan.. dan aku faham mengapa manusia diciptakan mudah berbolak balik hatinya, kerana dibalik itu Allah mahukan kita sentiasa berpaut padaNya..dan kebanyakkan dari orang2 sekeliling tidak menerima kita kembali pada sisi kehidupan mereka setelah kita melakukan kesilapan dalam mengatur hidup kita, puas aku mencari dan bertanya.. hanya satu sahaja yang aku temukan yang dapat meyakinkan dan memaafkan mereka..kerana mereka juga manusia.. usia ketika aku pertama kali melihat dunia telah berlalu.. ketika aku belajar merangkak dan melihat senyuman pertama ibu ayah juga telah berlalu.. waktu aku berusia 4tahun telah aku lalui.. dimasa aku menempuhi alam persekolah dan mengenal dunia ‘erti kawan’ juga telah aku tempuhi..
bermaknanya kehidupan serta usia lampau telah pergi menjadi sebahagian mimpi klasik dan cebisan kenangan yang berbangkit... terasa bagai semalam mak memakaikan baju untuk aku...bagai semalam mak menyikat rambut aku.. bagaikan semalam abah membawaku yang masih bertatih di atas bakul motor di kawasan sekolah menunggu abang dan kakak aku..seolah2 semalam aku bertemu dengan si dia dan ibunya..dan hari ini aku berusia 23tahun.. hati ini akan terus mengembara terus mengenal erti hidup dan siapa diri... cukuplah imbasan tetang hari lalu untuk kali ini..hari esok aku akan bertolak ke bandar..berjalan lagi pada garis-garis kehidupan yang satu hari nanti akan turut juga menjadi sebuah kenangan..wasalam...