Monday, 25 March 2013





Permulaan yang terancang adakalanya menjadi kelam.. awalnya diatur, adakalanya tidakkan menjadi.. dalam hidup aku banyak melihat.. ragam dan perwatakan manusia.. Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai juga merasakan pahitnya cinta...
aku jugak tidak terkecuali.. awalnya aku memilih mancari, akhirnya aku ditemukan dengan berdiam... 

Sunday, 24 March 2013

KEPIMPINAN DALAM DIRI

Serlahkan kepemimpinan dalam diri. Ia ciri kesempurnaan ciptaan insan. Jangan isytihar kegagalan diri dengan berkata, 'saya sekadar pengikut' selama-lamanya.

Ingat sabda al Rasul; 'Setiap kamu adalah pemimpin. Dan Setiap kamu adalah bertanggung jawab ke atas rakyat masing-masing.'

Justeru tiada alasan untuk lari dan tidak mahu memimpin. 

Serlahkan kepemimpinan yang tersimpan. Praktikkan kebolehan kita dan terus menimba pengalaman qudwah kepemimpinan umat yang hebat sepanjang zaman... :)

Sunday, 17 March 2013

BUNGA

Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi


Pernah ku mencuba terima seadanya
Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku
Hingga lelah jiwa ku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya

Ku mohon kau yang indah pada mu
Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta

Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku
Mengharum selamanya

Thursday, 21 February 2013

AKAL

Akal manusia di cipta hebat tetapi tidak sempurna jika iman lemah..


Pagi ini saya membaca sebuah buku berkaitan 'pengurusan akal'. Antara isinya, kita tidak dapat melihat kita. Tetapi kita masih ada cermin untuk melihat kita, lalu kita nampak keaiban kita dan membaikinya. Tetapi akal kita, bagaimana kita dapat melihatnya? Tiada cermin untuk membolehkan kita melihat akal kita melaluinya. 

Ramai manusia merasakan akalnya hebat sedangkan dia tidak pun pernah mencipta cermin untuk melihat akalnya, lalu nampaklah keaibannya. Hakikatnya, seperti kata tuhan pencipta, 'Sesungguhnya manusia itu begitu zalim dan begitu jahil.'

Ya, mari mencermin diri. Ia bukan sekadar dengan berfikir kerana fikir itu daripada akal dan akalan tidak mampu melihat akal. Apakah cermin akal?

Cermin akal adalah al Quran. Bacalah dan fahamilah al Quran. Ia seperti melayan diri dan berhias di hadapan cermin... :)

Monday, 21 January 2013

HIJAB KEKASIH JULAIBIB



“Lirik ini begitu antik sekali!” kata seorang teman setelah saya memberinya lagu ini.

“Antik” nya kerana sangat sukar memahami maknanya. (lagu2 M.Nasir selalu begini.huu)

Hijab Kekasih; kata penulis lirik:

Mengisahkan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang terlalu sukar untuk mendapat jodoh kerana keadaannya yang hitam dan hodoh dipandang orang.

Lalu beliau berjumpa Nabi dan menceritakan masalah yang dihadapi. Nabi pun menyuruhnya pergi berjumpa dengan seorang kenalan Nabi untuk meminangkan dengan anak gadisnya.

Kebetulan pula anak gadisnya seorang gadis yang amat cantik berbanding gadis-gadis tempatan. Apabila beliau bertemu dengan si Ayah, si Ayah menolaknya mentah-mentah, lalu dia pun pergi dengan hati yang luruh.

Kebetulan pada masa dia meluahkan pada si Ayah apa yang tersirat didengar oleh anak gadisnya lalu si gadis menegur si Ayah dan berkata, ;”Tidakkah yang menghantar pinangan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W.?” Tersentap hatinya apabila dia mendengar kata-kata anak gadisnya. Dia pun pergilah berjumpa dengan Nabi dan menerima pinangan itu, lalu sahabat tu dinikahkan.

Selesai sahaja dinikahkan, diumumkan pula oleh Saidina Umar untuk memanggil semua pemuda-pemuda untuk pergi berperang pada keesokannya dan dialah orang (sahabat Nabi yang hitam) yang pertama menyahut panggilan itu dengan pun belum berjumpa dengan isterinya yang baru dinikahinya.

Sebelum dia berangkat ke medan perang, dia telah dibekalkan sehelai kain hijab oleh isterinya dan kain hijab itulah pengubat rindu di malam hari semasa di kemah peperangan dengan dipegang erat.

Namun, sahabat Nabi itu akhirnya syahid di medan perang.

Begitulah pengorbanan cinta kepada CINTA yang lebih BESAR. Indah. Penuh pengajaran.

Erti Hijab kekasih bagi saya;

Bila kita terhijab dari melihat kebaikan Allah dalam apa yang kita lalui; senang atau sukar. Barangkali kerana dosa-dosa dan suuzhon kita pada Allah. (nauzubillahi minzalik..)

"Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah, apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan". 
-dari buku Nota Hati seorang lelaki (ustaz Pahrol M.juoi)-

Hijab kekasih mampu mengalirkan air mata.

Diceritakan dalam sabda Nabi Muhammad SAW:

Berserulah seorang penyeru:"Hai para ahli syurga, sesungguhnya umatmu semua ada suatu janji daripada Allah yang kini Allah hendak melaksanakannya untuk kamu semua." Mereka berkata: "Bukankah Engkau ya Allah sudah membuat berat timbangan amal kebaikan kita, juga memutihkan yakni membuat bersih cemerlang akan wajah kita, serta memasukkan kita dalam syurga dan menghindarkan kita daripada siksa api neraka?"Seterusnya baginda saw bersabda: "Kemudian dibuka tabir daripada pemandangan mereka lalu dapat melihat ALLAH, tiada satu kurniapun yang telah dilimpahkan oleh Allah kepada ahli syurga yang dianggap lebih disenangi daripada melihat wajah Allah, juga tiada satupun yang mereka nilai lebih sedap bagi pandangan mata mereka daripada itu".  
(H.R Imam Muslim)

Rindukah kita untuk melihat Allah?

Wahai kekasihku, jangan Engkau menghijabku daripada melihatMU, melihat kasih sayangMU, melihat syurgaMU..

Saturday, 28 April 2012

ZAHIR SANG MAWADDAH

Aku resah mencariMu dengan akal
dan bersama sifat-sifat pinjaman...
Engkau aku rasakan semakin menjauh...
jika berterusan, tersesatlah aku dalam rinduMu...

Aku satukan firasat dalam mencariMu,
meski aku terlontar di penghujunag alam...
Engkau masih tidak aku jejaki
betapa malangnya nasib diri..

Hanya keranaMu aku tinggalkan semuanya..
mudah-mudahan aku tidak leka terpedaya..
yang punya akal dan firasat entah kemana...
bertemu pada jalan sengsara..

Zahir musnah bagi yang mimpi..
Zahir ada rahsia  mencari...
lalu aku cuba mencari siapa diri...
hingga terbawa arus nafas sendiri...

Asal serah janji dahulu,
mulanya hidup, pasti mula Mawaddah...

kasih Khalik ada disini...
Engkau kasih ada yang menanti,
Engkau kasih, aku juga kasih...

Monday, 9 April 2012

Rasa dan Perasaan

kebelakangan nie...aku tak tahu apa yang aku rasakan.. aku bergelak tawa..seperti insan lain..seperti kawan yang lain.. tetapi ada kala nya, aku terdiam.. jauh akal merenung.. akhirnya aku tahu kenapa.... aku tahu apa rasa itu.. perasaan yang sangat lama aku cuba nafikan... aku 'sunyi'..